assalamualaikum (: jom belajar dan tahu ilmu rasm al-quran! kalau minat, follow je. dan time kasih susah-susah tekan-tekan carik dan jumpe sampai sini. ^__^

BAB 20 . bab memotong kalimah حيث ما dan menyambung kalimah أينما .

وحيث ما فاقطعوا فأينما فصلوا ومثله أينما فى النحل مشتهرا

والخلف فى سورة الأحزاب والشعرا وفى النساء يقل الوصل معتمرا


*berkata abu ‘amru : pada(حيث ما كنتم ) dalam surah al-baqarah dipotong dalam semua mashaf.

*berkata abu ‘amru telah berkata Muhammad bin isa menyambung pada kalimahأينما pada tiga tempat dalam surah al-baqarah iaitu( فأينما تولوا فثم وجه الله ) surah an-nahl pada( أينما يوجهه ) ,surah an-nisa’( أينما تكونوا يدركم الموت ) dan( أينما ثقفوا ) dalam ahzab.

*berkata kharaz : disambung pada kalimah( أينما ) pada empat tempat iaitu dalam surah baqarah,an-nahl,as-syu’ara’ dan al-ahzab.

Berkata kharaz lagi :dalam surah an-nisa’ tidak disambung kerana kharaz,Muhammad bin isa dan selainnya tidak bersambung pada kalimah tersebut.

*makna kalimat :معتمرا : أى زائرا



.nur falihin.


No comments: