assalamualaikum (: jom belajar dan tahu ilmu rasm al-quran! kalau minat, follow je. dan time kasih susah-susah tekan-tekan carik dan jumpe sampai sini. ^__^

BAB 4 . hazaf ya' dan mengekalkannya .

1) وتعرف الياء فى حذف الثبوت إذا حصلت محذوفها فحذفه مبتكرا

Ulama berpendapat dengan mengekalkan huruf ya’. Ada juga yang menghazafkan huruf ya’.

Jika sesuatu tempat menghazafkan huruf ya’, maka tempat selainnya akan mengekalkan huruf ya’ dan begitu juga sebaliknya.

2) حيث ارهبون اتقون تكفرون أضيعون اسمعون وخافون اعبدون طرا

Ada 7 lafaz yang dihazaf huruf ya iaitu :

a) ارهبون pada dua tempat dalam Al-baqarah dan An-Nahl.

b) اتقون pada 5 tempat iaitu dua tempat dalam Al-Baqarah ( فإياى فاتقون , واتقون ياأولى الألباب ), dalam An-Nahl ( أن أنذروا أنه لا إله إلا أنا فاتقون (, dalam Al-Mu’minun ( وأنا ربكم فاتقون ), dalam Az-Zumar ( يا عباد فاتقون ).

c) تكفرون dalam Al-Baqarah sahaja manakala dalam surah lain mengekalkan huruf ya’.

d) وأطيعون pada 11 tempat iaitu dalam Al-Imran, dalam Az-Zukhruf, Nuh, dan As-Syuara’ dalam 8 tempat.

e) فاسمعون pada 1 tempat ( آمنت بربكم فاسمعون ) dalam Yasin sahaja.

f) وخافون pada 1 tempat ( وخافون إن كنتم مؤمنين ) dalam Al-Imran sahaja.

g) فاعبدون pada 3 tempat iaitu dalam Anbiya ( لا إله إلا أنا فاعبدون ) dan ( وأنا ربكم فاعبدون ), Al-Ankabut ( فإياى فاعبدون ).


.hidayarh al-zahra.

No comments: